OBLIGASI SEBAGAI SEORANG PEKERJA | KURSUS INTENSIF 0 HARI |
RATIONAL
Mana-mana pekerja, tidak kira baru bertugas atau sudah lama bertugas, sering tidak mengetahui tentang tujuan pekerjaan, dan obligasi mereka sebagai seorang pekerja. Jika ini terjadi, maka mereka akan kelihatan bukan sahaja tidak mempunyai arah di dalam pekerjaan mereka tetapi juga kurang produktif. Bukan itu sahaja, ianya kadangkala menimbulkan pelbagai masalah kepada sesebuah organisasi. Dengan adanya pengetahuan tentang obligasi mereka sebagai seseorang pekerja, maka seseorang pekerja itu di jangka akan lebih bertanggungjawab dan sedar akan kepentingan untuk menjana produktiviti di dalam organisasi.
OBJEKTIF
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:
- Menyedari tentang hubungan antara manusia dan pekerjaan dan dengan itu menginsafi tentang nikmat mempunyai sesuatu pekerjaan itu.
- Mengetahui tentang bagaimana terbentuknya sesuatu kontrak perkhidmatan itu yang mengikat pekerja dan organisasinya.
- Mengimplementasi dengan cara memenuhi semua harapan majikan terhadap seseorang pekerja itu.
- Mendalami, menghalusi dan melaksanakan semua obligasi-obligasi pekerja terhadap majikannya.
- Mengadun resepi-resepi penting di dalam menjadikan mereka sebagai pekerja-pekerja hebat.
ISIKANDUNGAN KURSUS |
||
Module 1 |
MANUSIA DAN PEKERJAAN |
|
Module 2 |
KONTRAK PERKHIDMATAN |
|
Module 3 |
HARAPAN MAJIKAN TERAHADAP PEKERJA |
|
Module 4 |
OBLIGASI MENGIKUT UNDANG-UNDANG |
|
Module 5 |
RESEPI MENJADI PEKERJA HEBAT |